Sunday, June 5, 2011

Takdir, kesungguhan atau PURELY LUCK

pada malam yang aman sayup2 angin bertiup, jam tepat menunjukan 2:09AM. Intan terpanggil untuk mencoret tentang NASIB. Berfikir sejenak... terdiam dan terpaku.. lalu dicapai lappie berwarna pink untuk meluahkan segalanya disini (ok jangan naik boring dulu.. step by step katanya hehe)..al-kisahnya Intan "terbanding" kehidupan Intan dengan insan-insan yang sedang menuju puncak.. Tidak kira mereka adalah orang seni, pemimpin, peniaga, ahli ulama dan sebagainya.. pokoknya setiap mereka telah meggengam GEMILANG itu.. walhal ada segelintir insan seperti Intan yang masih tertanya-tanya apa kah arah tujuku..

terbit rasa cemburu terhadap orang2 yang sedang menuju ke puncak yang sudah merasai kemanisan berada di pentas GEMILANG... seringkali sanubari dan akal fikiran ini tertanya2, apa yang membawa mereka ke sana? Takdir, kesungguhan ataupun hanya TUAH semata-mata..

cuma satu yang Intan yakin, tidak lah merubah nasib seseorang itu jika dia tidak berusaha untuk mengubahnya. tapi bagaimana utk mereka yang masih tercari-cari seperti Intan juga... tercari-cari apa kah maksud semua kehidupan ini namun, kuserahkan segalanya Allah S.W.T untuk memberi Intan kekuatan dan petunjuk untuk melayari bahtera kehidupan yang penuh pancaroba.

Dan terus mencari arti sebenar kejayaan yang diidam2kan... mungkin kejayaan itu tidak akan Intan kecapi =) kerana Allah telah menetapkan, Allah sangat menyayangi Intan supaya diri ini tidak mudah lupa akan asal usul, agama dan akal yang waras... mungkin sebab itu..

satu peribahasa yang selalu Intan bawa kemana sahaja

"IKUT RESAM PADI SEMAKIN BERISI, SEMAKIN TUNDUK"

As salam....

No comments:

Post a Comment